ADAM50

ADAM50 ditamatkan kerana kurang sambutan

KUALA LUMPUR, 21 DIS – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia atau ADAM50 mulai 31 Disember 2018 selepas setahun ia dibuka kepada semua bayi yang lahir pada 2018 disebabkan kurang sambutan.

Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, bagaimanapun pendaftaran dana itu untuk bayi yang dilahirkan pada 2018 dibuka sehingga 31 Mac 2019.

“Berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu.

“Malah, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya,” katanya dalam pembentangan prestasi PNB bagi 2018 di sini hari ini.

ADAM50 diumumkan kerajaan sebelum ini di bawah Belanjawan 2018 khusus untuk setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 sehingga 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.

error
error: MPUB.my - Portal Untuk Belia Malaysia