Thu. Apr 9th, 2020

Ali Puteh tampil beri penjelasan tuduhan ambil harta

Selepas beberapa kontroversi melibatkan Ali Puteh dan keluarga, Ali Puteh telah mengeluarkan kenyataannya kepada Ria X pada petang Khamis lalu. Penjelasannya dikaitkan dengan beberapa tuduhan seperti kenderaan yang ditarik dan dompet yang dirampas olehnya daripada balu Allahyarham Abam Bocey, Noor Hidayah.

Ini penjelasan @aliputeh89, tentang hal hangat ni…#RiaX

Posted by Ria X on Khamis, 20 Februari 2020

Menurut Ali, beliau perlu membuat kenyataan apabila terlampau banyak tuduhan yang diberikan ke atasnya dan keluarga mengenai pemberian harta pusaka yang didakwa tidak adil.

BACA :  Balu Abam Dedah Kereta Ditarik, Tak Dapat Harta Peninggalan

Ali Puteh menjelaskan apa yang dilakukannya adalah untuk menguruskan harta peninggalan arwah Abam termasuk hutang dan urusan faraid. Beliau juga mengakui mengambil dompet Allahyarham kerana memerlukan informasi berkaitan kerja dan segala hutangnya seperti urusan khairat kematian dan kad bank untuk menguruskan harta secara hukum faraid. Namun Ali menegaskan tiada kad bank yang dijumpai kerana telah diambil oleh balu terlebih dahulu.

Dalam kenyataannya, Ali menafikan menarik dua buah kenderaan Allahyarham dan menjelaskan kenderaan tersebut berada di bawah nama orang lain dan mahu menyelesaikan hutang kenderaan berkenaan sebelum ditukar nama kepada Noor Hidayah. Ali juga menjelaskan anak Allahyarham, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dihantar ke klinik oleh ibu Allahyarham dan pemandu Allahyarham selepas ibu Allahyarham menyedari Hamzah mengalami demam dan bukan dihantar menggunakan Grab seperti yang ditularkan.

Pada masa yang sama, Ali turut menafikan dakwaan Noor Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah dan menyatakan keputusan keluar rumah adalah kehendaknya sendiri. Menurut Ali, Noor Hidayah meninggalkan rumah yang juga diduduki oleh ibu Allahyarham pada hari keenam Allahyarham meninggal dunia.

Ali Puteh juga melahirkan rasa kesal apabila barangan peribadi Allahyarham juga gagal dikesan seperti jam tangan bernilai ribuan ringgit yang juga perlu melalui hukum faraid.

Harapnya dengan penjelasan Ali ini, tiada lagi pihak yang salah faham dan mencetuskan lagi spekulasi liar. Kami juga berharap agar perkara ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara baik. – MPUBmy

×

Like kami di Facebook!