Sun. Jul 12th, 2020

Aliff Syukri sentap tak tercalon AME2020

Berlakon sudah, menyanyi pun sudah, malah turut bergelar seorang Youtuber, bagaimanapun, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila namanya tidak tercalon dalam sebarang kategori Anugerah MeleTOP 2020 (AME2020).

Aliff berkata semua orang mengenalinya namun dia tidak mengetahui mengapa namanya tiada dalam pencalonan anugerah itu tahun ini. Malah, Aliff juga merasakan tidak adil apabila dirinya tidak tercalon.

“Semua orang kenal keluarga saya dan masih relevan dalam industri tetapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.

“Sudah tentu saya terasa dan sedih, orang lain (yang tercalon) itu terkenal ke? Tetapi saya akui, saya tak boleh memaksa mana-mana pihak sebab siapalah saya?

“Saya rasa kurang adil tapi apakan daya takkan saya nak meraih simpati pula,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak bagaimanapun dia mengetahui bahawa tidak boleh memaksa orang lain untuk menyukai dirinya.

“Saya tiada masalah dengan mana-mana pihak apatah lagi ancaman kepada sesiapa kalau masuk bertanding sekali pun. Kalau tercalon saya gembira, itu saja.

“Saya pun sebenarnya tak rasa saya popular dan tak berharap orang tengok saya, apapun tak boleh paksa orang suka saya,” ujarnya.  – Rotikaya

BACA :  “Kalau Saya Permainkan Agama, Allah Dah Bagi Bala Di Mekah” - Nur Sajat
×

Like kami di Facebook!