Sun. Feb 23rd, 2020

Anak Ramli MS selamat bertunang dengan jejaka pilihan

ANAK kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS, Nadiah Ramli selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Nadiah yang juga bekerja di syarikat rakaman Universal Muzik itu memilih jurugambar dikenali sebagai Taufiq Nadzri sebagai tunangannya.

Berita gembira tersebut berjaya dihidu media apabila Nadia dan Taufiq masing-masing memuat naik foto di laman sosial Instagram (IG) masing-masing.

Tidak menulis kapsyen panjang lebar, Nadiah dan Taufiq hanya meletakkan emoticon cincin yang cukup sinonim dengan majlis tertentu seperti acara melamar, pertunangan atau perkahwinan, pada ruangan komen.

Taufiq turut meletakkan emoticon kamera dan menanda nama ibu Nadiah iaitu, Jennifer Thompson pada ruangan sama.

Sejak memuat naik foto tersebut, Nadiah dan Taufiq menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan pengikut IG mereka.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan sama cantik sama padan ini kekal hingga ke jenjang pelamin. – Astro Awani

BACA :  Biadab dan kurang ajar! Isteri arwah Pitt Hanif terima komen lucah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Like kami di Facebook!