Fri. May 29th, 2020
farah-ahmad-lucah

Biadab dan kurang ajar! Isteri arwah Pitt Hanif terima komen lucah

Sangat biadab dan keterlaluan! Itu yang MPUBmy boleh katakan dengan segelintir netizen yang tidak menghormati isteri kepada Allahyarham Pitt Hanif, Farah Ahmad dan aktor Fauziah Nawi dengan mengeluarkan kata kesat dan lucah.

Tidak tahan dengan gangguan tersebut, Farah berkongsi screencapture Facebooknya menerusi hantaran terbaharunya di Instagram beliau. Dalam hantarannya, beliau melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan komen seorang netizen dengan nama ‘Kambing Kacak’ yang menggunakan perkataan lucah.

View this post on Instagram

Anjing kalau myalak mmg patut hempuk. Aku ni diam jer sb malas nak kecoh sb atok aku pernah cakap sedangkan anjing dalam longkang aku kutip aku bela ini kan manusia. Selagi boleh diam aku diam sb aku ni lain sikit. Ko xkenal laki aku kalau ko kenal baru ko tahu knp laki aku pilih hidup dgn aku. Aku boleh layan org yg tikam belakang mcm tetamu terhormat dan aku juga boleh layan sebaliknya. Baik lelaki baik perempuan xpayah nasihat org. Org pertama ko kena nasihat adalah diri sendiri. Hati ko tu. Yg korang p stalk pastu mgata apa kejadah. Yg sibuk jd ustaz ustazah segera aku xlayan. Yg berpangkat ustaz & ustazah yg penuh ilmu didada yg tahu mcm mn nak approach aku. Dan yg ingat aku kemaruk sex tu minta maaf byk lagi dlm hidup ko nak kena selesaikan. Yg kata aku perempuan murahan tu sorry ko nak tahu kenapa takdir aku suami akhirnya mcm tu ko nak tahu knp aku xmenitis setitik air mata atas muka jenazah suami aku sb AKU MAHAL AKU TERPILIH DAN AKU BUKAN MURAHAN MACAM KORANG yg ingat korang tuhan. Aku cuba mgikut prosedur yg betul buat report ms di awal2 & dh ku buat tp tida feedback dr pihak bkuasa. Dan aku ni malas lyn benda2 ni sb xjadi kudis pun tp tulah nk bagi anjing berhenti menyalak kenalah kita hempuk. Kenalan aku dan @pitthanif yg baca dan aku tahu korang mmg baca tolong selesaikan. Malas layn kuman2 murahan ni. Pitt kalau awak ada mesti awak dah hehehheeh… dan awak mesti risau sb awak tahu farah ni tindakan lain sikit .. Setakat pongpang kat cyber xpayah meh ni jumpa depan2 jom kita berhujah jgn tahu cabahan kecil akar tp xtahu jenis pokok apa ug ditanam dan jangan tahu permukaan jalan raya jer tp xtahu bawah tar jalan ada apa. Kang mahu saya hempuk umbun2 kepala 3x baru sedar. Aku ni mcm sesumpah pun yer juga tau aku boleh blend dgn semua warna so setakat ko nak warga net tahu ko amiklah tp akak abang kalau boleh jgn tserempak dgn saya & saya xnk tahu abang akak mcm mn yer… Sb dlm diri saya hanya huruf ا dan ي . Faham ke x… #corentansikerinting

A post shared by Farah Ahmad @artbyfarahahmad (@ifarahahmad) on

Sebelum ini, Farah telah membuat laporan polis ke atas akaun Facebook yang mengganggunya pada 11 November tahun lalu di Balai Polis UTC Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Laporan tersebut bagaimanapun masih belum menerima maklumbalas.

Kami di MPUBmy mendoakan pelaku yang menggunakan kata-kata kesat terhadap Farah segera ditangkap.

Pada Oktober 2019, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian anak kepada Seniwati Fauziah Nawi, Mohd Firdaus Mohd Haniff atau turut dikenali dengan nama Pitt Haniff. Beliau meninggalkan Farah dan tiga orang anak. – MPUBmy

BACA :  Atilia, Yasmin Hani & The Lola akur tersingkir
×

Like kami di Facebook!