
BIGBANG bakal comeback di Coachella April 2020!
Kumpulan K-Pop, BIGBANG bakal membuat kemunculan semula di Festival Muzik dan Seni Coachella (Coachella 2020) di California, Amerika Syarikat pada April depan.
Berita gembira itu disahkan Taeyang menerusi hantaran terbarunya di akaun Instagramnya hari ini.
Ini adalah kemunculan pertama BIGBANG dengan empat orang anggota selepas Seungri mengambil keputusan untuk mengundurkan diri di samping menyertai latihan khidmat tentera sejak tahun 2017.
BIGBANG yang dianggotai oleh G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung itu dijadualkan membuat persembahan pada 10 dan 17 April depan. – MPUBmy