Sun. Feb 23rd, 2020

Cincin di jari manis, Mira Filzah sudah dirisik?

Umum mengetahui, sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun jejak tersebut bukan dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.

Ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan jejaka bertuah itu. Kemudian timbul desas-desus jejaka bukan calang-calang orangnya dan dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen.

Difahamkan jejaka itu dikenali sebagai Wan Emir merupakan seorang Arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada seorang Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

BACA :  Mira Filzah bercinta dengan anak Ahli Parlimen?

Bukan itu sahaja, ada desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini. Namun, tiada pengesahan daripada kedua-dua mereka mengenai perkata itu.

Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada Wan Emir iaitu Datin Mastura di Facebook menjadi perhatian seolah beri bayangan anaknya sedang melalui fasa baru dalam kehidupan.

Malah, satu sumber terdekat turut memuat naik foto Mira memakai sebentuk cincin di jari manisnya. Mungkinkah itu cincin merisik? Apa pun kita nantikan sahaja pengumumannya nanti.

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara. – Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Like kami di Facebook!