Thu. Oct 22nd, 2020

DSV kecewa Azwan Ali bakar perfume dan hina arwah anak

Sebut saja nama Azwan Ali pasti ramai tahu selebriti itu sinonim dengan dirinya yang sangat lantang bersuara. Baru-baru ini, pelakon dan pengacara yang menggelarkan dirinya sebagai Diva itu sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Namun kali ini membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida apabila Azwan memuat naik video di akaun Twitternya menghina cara kematian orang anak usahawan tersebut serta membakar minyak wangi pemberian Vida.

Vida meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan Azwan Ali itu yang sangat melampaui batas dan menyinggung perasaannya. Malah, Vida turut sedih apabila kematian anaknya dalam tragedi kebakaran tujuh tahun lalu memperkotak-katikkan.

View this post on Instagram

SY TAK TAHU MENAHU MCM MANA ARRANGEMENT KATANYA SURPRISE dia dtg Ingatkn caKAP2 mcm retis lain Promo naik pentas . Smpai bakar2 perfume sy.. Shawl yg diberi Sampai SUMPAH SERANAH Berkali kali.. Nasib baik @kacak_._ cuba tenangkan sy Ya Allah.. kuatkanlah semangatku Tak kuat bila hina2 arwah anak saya Bila tenGok api Bakar perfume pula kat rumah terbakar.. kawasan sampah.. hinanya Perfume tu 😰😰😰 @perfumedsv_hq . . Saya habis berjuta.. demi buat yg berkualiti UNTUK SEMUA ORANG MERASA… .Tapi dia.BUAT SEOLAH TAKDE NILAI . Di saat banyak permintaan banyak N sy panggil iqbal @ahmadiqbalzulkefli Supaya kedepankan lg.. @perfumedsv_hq Takpe.. saya yakin.. syg semua bagi sokongan . SUPPORT SAYA YE 😭😭❤️ @perfumedsv_hq

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Dalam pada itu, DSV turut tersinggung dengan Azwan yang menyentuh soal peribadinya yang telah beberapa kali gagal dalam rumah tangga.

Difahamkan, Azwan berbuat demikian akibat tidak berpuas hati dan mendakwa Vida tidak membayarnya setelah membuat kemunculan di sebuah acara yang dianjurkan usahawan itu.

Bagaimanapun, memetik laporan mStar Online, Vida berkata tiada timbul isu bayaran terhadap Azwan dalam acara tersebut kerana dia menghubungi Azwan untuk bertanyakan sama ada dia ada masa hadir beri kejutan untuk anak lelakinya, Kacak.

Kata Vida lagi, untuk buat kejutan tersebut dia sudah memaklumkan kepada Azwan bahawa tiada bayaran dan hanya diberikan perfume dan tudung sebagai token. Ujarnya lagi, Azwan suka menerima barangan tersebut tetapi kemudiannya lain pula yang jadi.

×

Like kami di Facebook!