Wed. Sep 30th, 2020

Epik! Pak Ya kembali semula di Sepahtu Reunion Live 2020

Bagi yang mengikuti perkembangan Sepahtu Reunion Live 2020, pastinya mengetahui ketiadaan Ilya Senario yang turut dipanggil Pak Ya di pentas lawak. Setelah membuat pengumuman maaf pada petang Jumaat, Pak Ya akhirnya kembali ke rancangan sitkom secara langsung Astro Warna, Sepahtu Reunion Live 2020 pada minggu keempat bersiaran.

Pak Ya yang ditampilkan secara kejutan menerima tepukan gemuruh hampir setengah minit daripada penonton-penonton di Royal Theater Shah Alam.

BACA :  Lawak pH teruk... kumpulan Rare MLM 2019 mohon maaf
BACA :  Ilya, Ropie dakwa dilarang buat persembahan di Shah Alam

Rata-rata netizen di media sosial mengalu-alukan kehadiran Pak Ya kembali ke pentas Sepahtu Reunion Live 2020. Kehadiran Man Puteh yang menggantikan sementara tempat Pak Ya juga dipuji, dan rata-ratanya mahu Man kekal di dalam Sepahtu Reunion.

MPUBmy mengharapkan kontroversi yang dihadapi oleh Pak Ya selesai dan dapat meneruskan persembahan di Sepahtu Reunion Live 2020. – MPUBmy

×

Like kami di Facebook!