Harga petrol Malaysia

Harga RON95, RON97 kekal, diesel naik 1 sen

KUALA LUMPUR 25 JAN. – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 dikekalkan pada harga masing-masing RM1.98 serta RM2.28 seliter berkuat kuasa esok sehingga 1 Februari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, bagaimanapun harga runcit diesel dinaikkan sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM2.17 seliter kepada RM2.18 seliter.

“Sepertimana yang telah dijanjikan, kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sekiranya harga pasaran produk melebihi paras harga tersebut,” katanya di sini hari ini. – Utusan Online

error
error: MPUB.my - Portal Untuk Belia Malaysia