Fri. May 29th, 2020

Ketua Menteri Melaka ‘terbang’ sempena iklan Tahun Baru Cina

Menjelang Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkongsi beberapa gambar penggambaran iklan yang bakal ditayangkan bersempena perayaan itu.

Adly mengenakan pakaian samfu berwarna merah berlokasikan sekitar Melaka. Lebih menarik perhatian, Adly turut berkongsi aksi ‘terbang’ yang mengundang pelbagai komen netizen.

adly-zahari-km-melaka-2
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari semasa melakukan penggambaran iklan Tahun Baru Cina 2019 – Facebook/Adly Zahari

“Kanak-kanak dilarang tiru aksi ini,” tulis Adly pada kapsyen gambar tersebut.

Gambar beliau itu membuatkan pengikut Facebooknya mengelarkan Adly sebagai Ip Dly iaitu sempena nama watak dalam filem pecah panggung berbahasa Mandarin, Ip Man.

“Side effect lepas tengok wayang Ip Man. Hahaha… Ip Dly,” seloroh Law Bing Haw.

“Ip Man 5 ke tu,” komen Hasli Halinda Hasliey.

Apa-apapun, kita nantikan iklan Tahun Baru Cina daripada Ketua Menteri Melaka sedikit masa lagi. – MPUBmy

BACA :  “Kalau Saya Permainkan Agama, Allah Dah Bagi Bala Di Mekah” - Nur Sajat
×

Like kami di Facebook!