Wed. Sep 30th, 2020

Lawak pH teruk… kumpulan Rare MLM 2019 mohon maaf

Setelah kontroversi ketiadaan Pak Ya di Sepahtu Reunion Live 2020 dan Ropie yang turut disekat, akhirnya kumpulan Rare membuat permohonan maaf kepada Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan penonton mengenai isu lawak pada Pertandingan Akhir Maharaja Lawak Mega 2019.

Permohonan maaf itu disiarkan secara ekslusif di Instagram HLive, hari ini.

“Di sini kami kumpulan Rare ingin menyatakan rasa kesal kami terhadap apa yang berlaku pada persembahan MLM 2019 mungkin mengakibatkan penonton tersinggung dengan persembahan kami,” ujar Ilya.

BACA :  Ilya, Ropie dakwa dilarang buat persembahan di Shah Alam

Dalam pada itu Ajak juga menyatakan insiden tersebut meninggalkan impak besar terhadap kumpulan mereka.

“Insiden tersebut juga turut memberikan impak besar juga kepada kami kerana kami tanpa sengaja telah turut menyinggung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga kerajaan negeri Selangor,” kata Ajak.

Dalam permohonan maaf tersebut, Ropie mengakui kesilapan dan menganggap kejadian tersebut sebagai suatu pengajaran bagi kumpulan itu dalam mengadakan persembahan pada masa hadapan. – MPUBmy

×

Like kami di Facebook!