Tue. Sep 21st, 2021

Mira Filzah bercinta dengan anak Ahli Parlimen?

Sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang sekaligus menimbulkan spekulasi netizen siapa gerangan jejaka bertuah itu. Namun, Mira tegas dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan identiti jejaka tersebut.

Terbaru, timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini. Menurut sumber, jejaka itu dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen.

Malah, identiti jejaka yang berjaya mencuri hati pelakon itu juga telah diketahui apabila pasangan ini buat pertama kalinya muncul di hadapan khalayak ramai di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah semalam.

View this post on Instagram

Salam Maulidur Rasul, Salam Kasih & Rindu buat Junjungan Mulia MUHAMMAD ﷺ 🌙 Baginda Rasulullah, seorang insan yang sederhana, manusia, seperti kita semua yang berjalan di bumi Allah SWT. Menjadi seorang sahabat, suami, bapa dan juga pemimpin. Segala pengertian yang dicari tentang diri kita, cukup jelas dalam pembawakan baginda, melalui amanah, akhlak dan adab Baginda, sebagai petunjuk yang nyata buat seluruh umat. Sempena Maulidur Rasul ini, bersama kita mendekatkan diri kepadanya dengan mengikut teladan baginda, perbanyakkan selawat kepada baginda, moga syafaat di akhirat kelak dianugerahkan oleh Baginda buat setiap daripada kita dan mereka yang tersayang. ✨ ‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ‘O Allah, blessings be upon Muhammad PBUH and his family’ #ArahManaSyurga ______________ ‎إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Quran, Surah Al-Ahzab (56)]

A post shared by Wan Emir Astar (@wanemirastar) on

View this post on Instagram

CINTA Indahnya Islam, yang menjadikan kekuasaan cinta & kasih sayang sebagai suatu lumrah alam yang cukup istimewa. Dikurniakan kepada manusia yang dicipta dalam pasangan, saling mengasihi dan melengkapi. Biarpun mereka yang dikasihi telah pergi sebelum kita, tetapi rindu & sayang yang disemadi terus merak berakar, merentangi masa dan zaman. Dalam soal cinta yang teragung, meletakkan junjungan mulia Rasulullah ﷺ sebagai kekasih (melebihi ibu bapa kita sendiri) adalah suatu suruhan wajib kepada kita sebagai umat Baginda. Biarpun tidak pernah bertentang mata dengan Baginda, tetapi kita sebenarnya mengenali, mencintainya, dan merinduinya melalui kasih dan pengorbanannya. Hinggakan Baginda sendiri risau dan bersedih, tidak berhenti memikirkan umatnya, nasib kita di akhirat kelak yang mengharapkan syafaatnya, rahmat & pengampunan Allah SWT. Dalam soal percintaan sesama manusia pula, pusingan kedua umrah kami dijadikan badal umrah/‘pengganti’, khusus kepada mereka yang tersayang, segar di hati dan ingatan, yang telah mencorak kehidupan kami dengan sentuhan kasih & bakti yang tiada tolak bandingnya. Bagi Ibu & Imar, mereka melaksanakan umrah badal untuk Papa yang tersayang. Diri saya buat bapa angkat yang saya anggap sebagai ‘Atuk’, dan Ainaa untuk pengasuhnya yang dianggap seperti ‘Ibu’nya sendiri. Perasaan & pengalaman bagi ibadah seperti ini melahirkan seribu rasa perasaan & tanggungjawab, seperti menatang minyak yang penuh. Dengan harapan agar ibadah ini tidak tersia, dijadikan bekalan buat mereka di sana. Alhamdulillah kami selamat melaksanakannya, dan terus berdoa kepada Allah SWT agar diterima ibadah ini. Sedar atau tidak, dalam ‘menghadiahkan’ umrah badal ini kepada mereka, kami berada dalam keadaan ihram, berpakaian putih seperti jenazah pada hari pengembumian itu sendiri. Itulah penyusunan Allah SWT, sentiasa mengingatkan bahawa kematian, alam kubur dan akhirat itu benar, dan persiapan menghadapinya mestilah dilakukan, sebelum tibanya masa yang dijanjikan kepada kita. Kerana itu Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, bimbinglah kami melalui cinta yang mendekatkan kami kepada-Mu. #ArahManaSyurga #Islam

A post shared by Wan Emir Astar (@wanemirastar) on

Pelbagai spekulasi timbul mengenai identiti jejaka tersebut, namun Mira memilih untuk mengunci mulut. Ujarnya lagi, dia perlu menghormati pemintaan kedua-dua belah keluarga.

“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan jejaka itu dikenali sebagai Wan Emir merupakan seorang Arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada seorang ahli politik.

Menurut sumber, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara. – Sumber : Rotikaya, Cari Forum

BACA :  "Pakai emas, itu dosa peribadi" - MK K-Clique
×

Like kami di Facebook!