Thu. Apr 9th, 2020
atikah-suhaime

Peminat teruja Atikah Suhaime belanja gambar tahun baharu

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime terus menjadi perhatian apabila berkongsi foto terbaharunya sempena tahun 2020.

Dalam perkongsian gambarnya yang terbaharu, Atikah memohon maaf kepada semua pihak yang tidak senang dengan perkongsian gambarnya yang terdahulu sambil menyatakan beliau ‘gembira’ membaca komen-komen tersebut.

Memadankan baju merahnya dengan skirt berwarna hitam, Atikah dilihat turut memegang sekuntum bunga.

Terdahulu, Atikah berkongsi gambarnyaΒ memakai gaun kuning pendek berserta ucapan tahun baru kepada pengikutnya. Rata-rata netizen memuji kecantikannya dalam masa sama mengatakan pelakon itu semakin berisi.

Kami di MPUBmy ingin mengucapkan selamat tahun baharu buat Atikah Suhaime, semoga terus sukses untuk tahun 2020.

BACA :  Kongsi foto mesra dalam kereta, Aliff Aziz & Bella Astillah kembali bersama?
×

Like kami di Facebook!