Thu. Apr 9th, 2020

Sajat tukar identiti bila sampai Tanah Suci

Agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah mendakwa usahawan kontroversi itu berpakaian lelaki semasa proses perlepasan di lapangan terbang.

Kemudiannya beliau ‘bertukar’ identiti menjadi ‘wanita’ semula sebaik sahaja sampai ke Tanah Suci.

“Untuk perjalanan keluarga Sajat ​​tunaikan umrah. Kami di Albayt Travel hanya bantu permudah urusan umrah dengan saranan supaya ikut garis panduan yang telah ditentukan.

“Sekiranya lelaki semestinya dengan penampilan lelaki sebaliknya untuk perempuan. Jadi, sepanjang perlepasan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan.

BACA :  “Kalau Saya Permainkan Agama, Allah Dah Bagi Bala Di Mekah” - Nur Sajat
BACA :  Mujahid kesal tindakan Sajat

“Cuma sebaliknya berlaku bila di sana (Tanah Suci). Kita sama-sama doakan supaya Sajat dan yang bersamanya dapat hidayah dari Allah,” respon syarikat berkenaan.

Media hari ini melaporkan Nur Sajat menunaikan ibadah umrah di Mekah dengan memuat naik gambar bertelekung bersama keluarga dan rakan-rakannya di Instagram. – MalaysiaGazette

×

Like kami di Facebook!