Sun. Feb 23rd, 2020
mlm-2019-final

Tiada penyingkiran, 5 finalis MLM 2019 maju ke final!

Maharaja Lawak Mega 2019 pada minggu kesepuluh menyaksikan tiada penyingkiran kepada 5 kumpulan yang bertanding. Pengumuman kumpulan ke peringkat akhir diumumkan pengacara, Datuk AC Mizal.

Dengan dua tugasan yang diberikan iaitu budaya & loghat dan pilihan peserta, kumpulan Puteh memenangi Oppo Punchline Machine dan JBorn dipilih sebagai pemenang Anugerah Flamitoz Kumpulan Paling Syok untuk minggu ke-10.

Peringkat Akhir Maharaja Lawak Mega 2019 berlangsung di Shah Alam Royale Theatre pada 10 Januari ini.  Lima kumpulan yang akan terus beraksi adalah kumpulan JBorn, Puteh, Bocey, Rare dan Zero. Siaran langsung boleh ditonton menerusi Astro Warna dan Astro Warna HD. – MPUBmy

BACA :  'Tok Ayah' Nam Ron risau menteri bangang ganti Dr. Maszlee
×

Like kami di Facebook!