Sun. Feb 23rd, 2020
namron

‘Tok Ayah’ Nam Ron risau menteri bangang ganti Dr. Maszlee

2 Januari 2019 merupakan sebuah sejarah baru bagi Kementerian Pendidikan Malaysia apabila menterinya, Dr. Maszlee Malik membuat pengumuman peletakan jawatannya berkuat kuasa 3 Januari. Pengumuman yang amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia yang menganggap Dr. Maszlee telah melakukan transformasi pendidikan selama lebih 20 bulan.

Perkara itu mendapat perhatian pelakon dan pengarah, Nam Ron yang risau pengganti Dr. Maszlee yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik di KPM yang mengikut telunjuk politik atau hanya menjadi ‘pak turut’ kepada parti politik lain.

namron-kpm-bangang

“Apa yang TA takuti jawatan ini akan diisi oleh menteri bangang seperti ini lagi. Maka habislah anak-anak kita kena cucuk hidung seperti kita. Jadi pak turut,” tulisnya.

Membahasakan dirinya sebagai Tok Ayah, Nam Ron turut berkongsikan pengalamannya sendiri sewaktu dia masih di bangku sekolah dan sangat benci dengan menteri pendidikan pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim.

“Dulu masa TA sekolah, TA benci betul menteri pelajaran waktu tu yang bernama Anwar Ibrahim. Dialah yang beria-ia mahu kaedah merotan murid depan khalayak dilaksanakan.”

“Baginya itu adalah kaedah pembelajaran terbaik. Melayan murid seperti lembu. Hingga melahirkan satu generasi yang telah dirosakkan jiwa mereka. Parut dirotan mungkin hilang tapi kesan psikologi anak-anak akan kekal.”

“Generasi ditarik hidung inilah yang mewarnai landskap sosial dan politik rakyat Malaysia hari ini,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Dr Maszlee meletakkan jawatan sebagai Menteri namun masih memegang jawatan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

BACA :  Ali Puteh tampil beri penjelasan tuduhan ambil harta
×

Like kami di Facebook!